Monday, 5 December 2011

[BBG] BudakBaruGame Jalan-Jalan PC Fair 2011 - Report Dan Gambar

Hari ini BBG mengambil keputusan untuk melawat pameran Pikom PC Fair yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center. BBG memang jarang pergi ke PC Fair tetapi setelah sekian lama, tetiba teringin pula melawat acara yang diadakan kali ini.

Selain daripada berjalan-jalan, PC Fair 2011 turut memperlihatkan para pengedar perkakasan 'gaming' melakukan pengenalan produk-produk baru sebelum ianya berada di pasaran pada minggu berikutnya. BBG turut mengambil beberapa gambar bagi tatapan para peminat perkakasan permainan video PC yang telah dipertontonkan pada acara kali ini. Enjoy semua ;)

Vengence Keyboard
CM Storm Troopers Case


Corsair Vengence Mouse
Antara 'Gaming Laptop' yang dipamerkan pada 'booth' majalah GameAxis Malaysia


Monday, 28 November 2011

Unboxing - CM Storm Spawn Gaming Mouse Malaysia



[Unboxing] SteelSeries QCK+ Natus Vincere Malaysia



Unboxing SteelSeries Siberia V2 Natus Vincere Malaysia


[Unboxing] Logitech C525 Webcam Malaysia

[Unboxing] Sandisk Mobile Ultra 16Gb Class 6 MicroSd

Review [Rebiu]Turtle Beach Ear Force Charlie MW3 5.1 Headset

Setelah beberapa minggu keadaan agak 'busy', BBG telah kembali melakukan video 'unboxing' produk-produk kelengkapan permainan video dan kali ini, BBG telah melakukan sebuah video rebiu terhadap produk keluara Turtle Beach iaitu Turtle Beach Ear Force Charlie Modern Warfare 3 Limited Edition True 5.1 Gaming Headset.

Selamat terhibur ;)

Thursday, 27 October 2011

Battlefield 3 : Unboxing Oleh Budak Baru Game :)

Seperti yang diketahui oleh sekelian warga peminat permainan video Battlefield, tarikh 25hb Oktober menjadi lebih bermakna kerana butik permainan video TSB (The Software Boutique) dan juga Gamer's Hideout mengadakan acara pemberian CD Battlefield 3 edisi terhad yang telah di 'Pre-Order' oleh para 'gamers' sekitar Lembah Kelang.

Ketibaan Battlefield 3 ini cukup ditunggu-tunggu oleh para permainan video FPS di Malaysia dan berikut adalah antara gambar-gambar sewaktu sesi kutipan 'pre-order' oleh para pembeli 'game' ini.







#ehsan gambar daripada Syefri Zulkefli@lowyat.net

Gambar barangan yang terdapat di dalam DVD, lupa lak nak wat video unboxing, terlalu 'exited' sangat sampai lupa...sorry guys (^.^)

Monday, 24 October 2011

[Video] Beberapa Video Liputan BlizzCon 2011

Beberapa video daripada BlizzCon 2011 -



Diablo 3




Antara Peserta BlizzCon Costume 




Forum Bersama Pihak Blizzard








Liputan BlizzCon 2011


StarCraft 2 - Heart Of The Swarm




Razer Memperkenalkan Synapse 2.0



Razer, pengeluar peranti 'gaming' terkemuka dunia kini memperkenalkan Synapse 2.0 - sebuah jaringan 'cloud' bagi tujuan menyimpan 'settings' yang terdapat pada peranti keluaran syarikat tersebut.

Dengan adanya sokongan sebegini para 'gamers' kini hanya perlu melakukan 'sync' bagi perkakasan dan peranti Razer di rumah dan melakukan 'sync' pada mana-mana komputer yang mempunyai hubungan jaringan internet.

Synapse 2.0 akan memuat turun settings yang telah di-'sync' ke peranti anda tanpa perlu melakukan semula 'setting'; contohnya di LAN 'party' mahupun di rumah rakan. Buat masa ini, Synapse 2.0 hanya akan menyokong sebilangan perkakasan yang berada di pasaran hari ini.

Untuk maklumat lanjut layari www.razerzone.com