Para penggemar produk keluaran salah satu divisyen Cooler Master, CM Storm kini telah memperkenalkan sebuah cesi 'Full Tower' yang baru yang diberi nama Trooper. Gabungan nama cesi ini dan jenamanya memberikan impresi nama yang cukup terkenal oleh penggemar filem Star Wars di mana 'Storm Troopers' merupakan salah satu karektor yang berada dalam filem berkenaan.
Sekali imbas, cesi ini mirip cesi yang dikeluarkan oleh Cooler Master iaitu model Haf-X. Ini adalah kerana spesifikasi asas seperti bentuk dalaman kerangka 'casing' ini mempunyai persamaan yang cukup ketara dan CM Storm merupakan salah satu divisyen bagi syarikat Cooler Master. Namun begitu, walaupun mempunyai perkongsian dengan cesi Haf-X, pihak CM Storm telah melakukan pelbagai ubahsuai terhadap bahagian dalaman serta luaran bagi memberikan rupabentuk yang berlainan. Seperti contoh, cesi 'Storm Trooper' ini mempunyai tempat pemegang bagi membolehkan ianya mudah dibawa ke 'LAN Party'.
Dalaman cesi ini dilengkapi dengan 10 'expansion slots' yang membolehkan ianya digunakan bersama 'motherboard' yang mempunyai saiz yang besar (XL-ATX) seperti Gigabyte GA-X58A-UD9 dan juga EVGA X58 Classified 4-Way SLI. Turut diketengahkan adalah X-Dock, sebuah ruangan khusus yang disediakan bagi tujuan pemasangan 'hotswap' SSD mahupun 'hard-disk' berukuran 2.5".
Pengawal kelajuan kipas didatangkan dengan bersama tiga kipas berukuran 120mm (dua kipas mempunyai lampu LED) dan satu kipas berukuran 200mm bagi tujuan pengudaraan dalaman cesi ini selain daripada bukaan pada bahagian hadapan, bawah serta sisi yang turut mempunyai penapis. Ini akan membantu mengurangkan kadar kemasukan dan akumulasi habuk yang sering menjadi masalah kepada cesi yang mempunyai banyak kipas.
Antaramuka moden seperti USB3.0, dan E-Sata selain daripada 'port' umum seperti USB2.0 dan keluar masuk audio turut berada di bahagian atas cesi ini bagi memudahkan pengguna melakukan penyambungan kepada peranti seperti 'external hard-disk, flash drives, memory card reader' dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi lengkap, sila layari : http://www.cmstorm.com/en/products/chassis/Trooper/











No comments:
Post a Comment