Thursday, 20 October 2011

[Berita] Logitech Memperkenalkan Dua Buah Peranti Versi "Call Of Duty : Modern Warfare 3"

Bagi menghangatkan lagi promosi 'game' Call Of Duty : Modern Warfare 3 yang bakal diadakan pada 28hb Oktober ini, pihak Logitech telah melancarkan dua buah peranti terbaru keluaran mereka iaitu Logitech® Gaming Keyboard G105 dan juga  Logitech® Laser Mouse G9X.

Logitech Gaming Keyboard G105



'Keyboard' G105 ini merupakan peranti papan kekunci rasmi bagi 'game' CoD: Modern Warfare 3 yang bakal memberikan pemain perasaan seakan seorang tentera, dengan mengetengahkan paparan kekunci beriluminasi berwarna hijau dan keupayaan melakukan 'program' terhadap makro sehingga 18 kombinasi kunci.

Sistem makro ini membolehkan pemain merakam kombinasi terhadap mana-mana butang pada 'keyboard' dan membolehkan rakaman tersebut diaktifkan dengan salah satu daripada enam 'G-Keys' yang terdapat pada model Logitech G105 ini. Makro tambahan juga boleh dirakam melalui perisian 'Logitech Gaming Software' yang boleh dimuat-turun ke komputer.

Selain daripada itu, papan kekunci terbaru ini turut mempunyai kekunci media yang membolehkan pemain mengawal kadar 'volume' dan juga fungsi pengawalan terhadap kawalan permain media yang membolehkan anda memainkan atau memberhentikan 'movie' dengan hanya satu butang. Juga terdapat pada 'keyboard' ini adalah sebuah butang fungsi mod "Game/Desktop" yang akan menyahaktifkan kekunci 'Windows' agar permainan anda tidak akan terganggu akibat daripada kesilapan semasa menekan.

Logitech Laser Mouse G9X


Peranti Logitech Laser Mouse G9X yang menggunakan teknologi Laser bagi tujuan imbasan, memberikan pemain sebuah perkakasan yang bukan sahaja mempunyai tetapan yang baik malah pengawalan terhadap permainan mampu dipertingkatkan dengan menggunakan penukaran kadar 'DPI' secara langsung melalui butang yang terdapat pada 'mouse' berkenaan.

Penetapan serendah 200 dpi bagi kegunaan 'aiming' dan gerakan yang pantas pada 5700 dpi kini boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu kehilangan saat-saat berharga semasa bermain. Dengan kelajuan 1000 hz pada penyambungan USB, ianya akan memberikan pemain respon input setinggi (1ms) dan mengurangkan kadar 'lag' yang bakal membantutkan pergerakan pemain semasa melakukan aksi-aksi penting di dalam permainan.

'Mouse' ini juga dilengkapi dengan MicroGear™ Precision Scroll yang memberikan pengguna dua mod pada kawalan roda 'mouse'; samada pusingan tanpa rintangan bagi melakukan imbasan pada dokumen ataupun semasa melayari laman web yang mempunyai kandungan panjang.

Selain fungsi-fungsi yang disebutkan, 'mouse' ini turut dilengkapi dengan pemberat tambahan yang membolehkan pemain melakukan penalaan terhadap kadar 'mouse' bagi meningkatkan kadar pengawalan yang lebih sempurna. Pemain juga boleh menukar paparan warna pada LED pelbagai untuk disesuaikan dengan tema PC, permainan video dan gaya anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai 'keyboard' Logitech G105 sila layari http://www.logitech.com/en-us/keyboards/keyboard/devices/9214

Untuk maklumat lanjut mengenai 'mouse' Logitech Laser Mouse G9X sila layari http://www.logitech.com/en-us/keyboards/keyboard/devices/9214

No comments:

Post a Comment