Sunday, 16 October 2011

Blog BudakBaruGame Kini Online

Dari Youtube ke Blogspot



Setelah melakukan beberapa video 'unboxing', kini "BudakBaruGame" membuka sebuah blog yang akan mampu memberikan lebih informasi melalui medium penulisan dan huraian yang juga bakal dipenuhi dengan gambar-gambar serta perincian yang lebih baik tentang peranti dan perkakasan serta aksessori komputer bagi tujuan permainan video.


Diharapkan blog "BudakBaruGame" ini mengisi ruang kekosongan yang senantiasa dicari oleh para peminat perkaksan permainan video berlandaskan komputer, iaitu sebuah tempat khusus yang membincangkan serta memberikan informasi terhadap perkakasan-perkakasan terkini permainan video yang meliputi peranti dan komponen-komponen komputer. Kebanyakan informasi perkakasan tersebut boleh didapati di laman-laman web yang menggunakan bahasa Inggeris dan hampir tiada yang menggunakan bahasa kebangsaan.

Tujuannya adalah kerana ianya mampu menarik lebih ramai pembaca dan juga potensi menjual ruang pengiklanan. Namun begitu "BudakBaruGame" tidak mengharapkan pembaca-pembaca dari luar kerana terdapat puluhan jika tidak ratusan blog atau 'website' oleh para 'bloggers' dan entiti penerbitan teknologi maklumat untuk tujuan tersebut.

Blog "BudakBaruGame" akan cuba dikekalkan sebagai sebuah blog yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai pengantara kepada para pembaca yang ingin mendapatkan informasi mengenai peranti dan komponen-komponen yang digunakan oleh para 'gamers' PC. Buat masa ini, "BudakBaruGame" akan menumpukan terhadap dunia PC dan pada masa hadapan, kemungkinan perkakasan bagi 'console' juga akan mendapat tempat di blog ini.

Para pembaca dan pelawat turut dipelawa memberikan komen dan idea bernas bagi tujuan mempertingkatkan lagi blog "BudakBaruGame" ini. Juga diharapkan agar para pelawat menggunakan tutur cara dan perkerti yang baik dalam 'reply' dan segala bentuk cemuhan atau 'trolling' adalah tidak digalakan.

Latar belakang "BudakBaruGame"

"BudakBaruGame" seperti kalangan peminat permainan video berasaskan PC, turut menggemari konsep permainan 'FPS' dan juga 'Real-time Stratergy'. Selain itu, konsep permainan perlumbaan kereta juga mengisi 'hard disk' 1Tb yang juga memuatkan permainan berkonsepkan simulasi dan fantasi seperti 'Tropico' dan 'Sim-City'.

Perkakasan yang digunakan oleh "BudakBaruGame" merangkumi sebuah PC yang dilengkapi dengan pemproses Intel i7 dan juga muatan memori sebanyak 16Gb serta 2Tb 'hard disk' bagi tujuan menyimpan permainan. Banyak lagi perkakasan dan peranti yang digunakan "BudakBaruGame" dan jika ada masa terluang, saya akan menyatakan lagi tentang kelengkapan dan tajuk-tajuk permainan yang telah dibeli samada melalui Steam (www.steampowered.com) mahupun pembelian 'hard copy' cakera permainan di kedai yang menjual permainan video komputer.

Sekali lagi "BudakBaruGame" ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat datang ke blog yang tidak seberapa ini.


Majulah 'Gaming' Untuk Negara
"BudakBaruGame"
16/10/11

No comments:

Post a Comment