SteelSeries bukan jenama asing bagi produk peranti permainan video dan baru-baru ini, pihak tersebut telah memperkenalkan peranti 'mouse' yang menggunakan teknologi laser berkeupayaan 11,400 CPI dan mempunyai 8 butang yang boleh diprogramkan bagi memudahkan pemain melakukan pengawalan terhadap sesuatu program ataupun digunakan bagi menggantikan kunci yang ada pada 'keyboard'.
Dengan bentuk yang diadaptasikan daripada 'mouse' keluaran mereka sebelum ini, SteelSeries Xai, bentuk ini dikatakan mampu memberikan keselesaan dan tahap pengawalan yang baik, sesuai bagi 'gamers' yang melakukan pergerakan yang laju dan tepat. Pada bahagian bawah 'mouse' ini juga, kelihatan sebuah LCD yang boleh digunakan bagi tujuan identiti pemilik dengan memaparkan imej yang terkandung di dalam memori 'mouse' tersebut yang dimuat turun dari PC oleh pemiliknya.
Mempunyai berat kasar 102gram, 'mouse' ini boleh dikatakan antara 'mouse' yang mempunyai kadar berat sederhana serta menggunakan kabel yang dibaluti anyaman fabrik bagi mengelakan pintalan berlaku semasa 'mouse' disimpan. Turut diketengahkan pada siaran media oleh pihak SteelSeries, Sensei turut dilengkapi dengan logo bercahaya, buat pertama kalinya untuk 'mouse' keluaran mereka. Pencahayaan tersebut mampu menghasilkan warna mengikut kesesuaian pemiliknya dan tidak hanya menggunakan LED satu warna.
Dibangunkan oleh pemain-pemain permainan video bertaraf dunia, 'mouse' Sensei ini boleh dilihat sebagai antara perkakasan wajib bagi 'gamer' yang ingin mempunyai sebuah 'mouse' yang tepat yang dikeluarkan oleh syarikat yang mempunyai reputasi yang tinggi dalam arena permainan video PC.
No comments:
Post a Comment