Blog BudakBaruGame ini merupakan tempat di mana para peminat permainan video yang baru mendapatkan maklumat tentang tajuk permainan, aksessori dan peranti serta mendapatkan maklumat melalui video 'unboxing' dan rebiu di 'Channel' Youtube BudakBaruGame.
Monday, 24 October 2011
Razer Memperkenalkan Synapse 2.0
Razer, pengeluar peranti 'gaming' terkemuka dunia kini memperkenalkan Synapse 2.0 - sebuah jaringan 'cloud' bagi tujuan menyimpan 'settings' yang terdapat pada peranti keluaran syarikat tersebut.
Dengan adanya sokongan sebegini para 'gamers' kini hanya perlu melakukan 'sync' bagi perkakasan dan peranti Razer di rumah dan melakukan 'sync' pada mana-mana komputer yang mempunyai hubungan jaringan internet.
Synapse 2.0 akan memuat turun settings yang telah di-'sync' ke peranti anda tanpa perlu melakukan semula 'setting'; contohnya di LAN 'party' mahupun di rumah rakan. Buat masa ini, Synapse 2.0 hanya akan menyokong sebilangan perkakasan yang berada di pasaran hari ini.
Untuk maklumat lanjut layari www.razerzone.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment