Thursday, 20 October 2011

[Berita] 'Pre-load' Battlefield Bakal Berlangsung Pada 21 Oktober 2011


Pihak EA telah mengumumkan bahawa 'pre-load' bagi permainan Battlefield 3 bakal diadakan pada 21 Oktober ini. Proses muat turun permainan ini juga boleh dilakukan setelah sesi 'Pre-load' berlangsung yang membolehkan para pemain yang telah melakukan pembelian, persediaan yang secukupnya bagi memastikan segala perkakasan bagi tujuan Battlefield 3 telah siap sedia.

Bagi pemain yang telah melakukan pembelian melalui portal pembelian secara online EA, Origin, anda bukan sahaja bakal bermain 'pre-load' permainan ini malah, terdapat juga kandungan bonus iaitu 'Physical Warfare Pack', yang turut disertakan kepada para pembeli Battlefield 3.

Battlefield 3 akan berada di pasaran pada 25 Oktober 2011. Sila layari laman web www.battlefield.com/battlefield3 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment