Blog BudakBaruGame ini merupakan tempat di mana para peminat permainan video yang baru mendapatkan maklumat tentang tajuk permainan, aksessori dan peranti serta mendapatkan maklumat melalui video 'unboxing' dan rebiu di 'Channel' Youtube BudakBaruGame.
Thursday, 20 October 2011
[Berita] BlizzCon Kembali - Bakal Berlangsung Pada 21 Oktober 2011
Para peminat permainan video Starcraft, Warcraft dan juga Diablo, Blizzcon, sebuah acara tahunan yang dipenuhi dengan para peminat dari seluruh pelusuk dunia bakal berlangsung pada 21 Oktober ini di Anaheim, California.
Acara dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai acara yang akan mengetengahkan karektor-karektor dari siri permainan video keluar Blizzard dan juga konsert Foo Fighters pada 22 Oktober. Acara 'cosplay' yang menjadi tarikan juga bakal diadakan selain pertandingan menari dan juga acara forum bagi para peminat-peminat permainan video keluaran syarikat Blizzard.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara Blizzcon, sila layari laman web: http://us.battle.net/en/int?r=blizzcon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment